Monday, October 4, 2010

Logo & Motto Kampung Assyakirin Fasa 1

LOGO



MAKSUD LOGO :

Bentuk Luaran Segitiga
Memberi pengertian bahawa Kampung Assyakirin terbahagi kepada 3 fasa dan ianya menjulang ke atas memberi makna bahawa kita berhasrat untuk menjadi juara dengan satu matlamat.

JKKK
Singkatan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung.

Assyakirin Satu
Kawasan di mana JKKK ini berfungsi iaitu di Kampung Assyakirin Fasa 1.

Warna
Biru : Keharmonian para penduduk setempat dan saling membantu.
Hijau : Agama Islam yang dianuti oleh seluruh penduduk setempat.
Kuning : Penduduk setempat peka serta taat kepada agama, raja dan negara.

MOTTO 

MAJU KE DEPAN

MAKSUD MOTTO :

Slogan yang bermaksud bahawa penduduk setempat berhasrat untuk terus maju di dalam arus kemajuan dan kesejahteraan hidup penduduk.

No comments:

Post a Comment